25 April 2010

    Analisa GJ - Short Term 3

    Salam pips sume,

    Untuk menghilangkan bosan dihujung minggu, saya pun tilik-tilik la chart GJ. Maka terhasil la analisa yang agak berani seperti gambar yg dikepilkan hohohohoho.

    Kenapa saya katakan berani kerana analisa tersebut bukan saja ada prediction arah malah siap ada tarikh lagi tu hohohohoho..

    Menurut tilikan saya tu, GJ akan naik ke atas hingga 147++ sekiranya berjaya menembusi aras 145.22, Kemudian terjun tiruk hingga aras 144 - 143.80 macam tu. Lepas tu baru lah GJ meneruskan larian bullish nya dijangka hingga aras 151++..

    Dan semua ini saya anggarkan mengambil masa sebulan baru sampai aras 151 tu kekeke..saya tilik dalam minggu ke-2 bulan May 2010.

    Tapi ingat ini hanya tilikan atau pun forecast saja bukannya tepat. Apa-apa hal trade la ikut analisa anda sendiri.

    Trimas

    17 March 2010

    Analisa GJ - Short Term 2

    Salam pip teman-teman trader,

    Diharap ramai yang telah profit dengan trading masing-masing. Saya nak kongsi pengajaran forecast GJ sebelum ni. Ada beberapa pengajaran yang saya dapati daripada forecast tersebut.

    1. Untuk analisa short term time frame yang paling sesuai ialah TF1 hour, TF15, TF5. Forecast hari tu terlupa rujuk TF1 hour, sebab tu salah anggaran jarak wave C tu hehehe.
    2. Sebaik-baiknya lihat keadaan market dulu sebelum membuka post, kecuali margin memang kukuh..
    3. Makin jauh retracement makin kuat momentum.


    Apa-apa pun diharap teman-teman mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

    13 March 2010

    Analisa GJ - Short Term

    Salam pips sume,

    Selain Multipair Trading atau basket trading saya juga suka Elliott Wave. Saya ada post Analisa GJ Long term boleh baca dahulu. Setakat ni kiraan wave tu masih valid. Hari ani saya rajin sikit, buat lagi short term analisa atau forecast..



    Kalau kita perhatikan dari forecast tu GJ akan move ke bawah dulu ara wave C.. so kita boleh set PO buy limit di range 136.90 - 136.50. SL 135.36 atau ke bawah. Oleh sebab kita nak kurang rugi set la SL di 135.36 manakala TP semaksima mungkin iaitu dalam range 139.37 - 142.++ ikut keselesaan masing-masing..

    Kalau nak lagi banyak profit boleh juga sell dulu kemudian set TP di 136.90 dan PO buy limit di 136.90 - 136.50.. tetapi bahaya lah sikit.. sebab kita bias BUY.

    INGAT! ani hanya forecast semata-mata risiko tanggung sendiri. Saya buat sebab saya suka. Kira wave tu shiok bagi saya, lebih-lebih lagi kalau terkena pula dengan market memang besh.

    Seolah-olah market yang ikut kita, kita bukan ikut market hahaha macam kena bubut pulak, perasaan tu memang tak terkata shiok,takut, gerun, hairan macam-macam ada.

    Trimas.

    11 March 2010

    GJ - Long Term

    Salam Pips sume..

    Malas sudah melihat pergerakan GJ sekejap turun mendadak tiba-tiba pula ia naik mencanak. Saya membuat analisa yang jauh kedepan, konon-konon nya supaya rilex la sikit tidak gelabah melihat pergerakan GJ yang ganas..

    Mari kita tenung-tenung sampai profit.

    GJ Forecast

    P/S: Risiko tanggung sendiri..tiada jaminan forecast untuk GJ ni betul..

    10 March 2010

    Multi Pair Trading System

    Salam pips sume,

    Untuk makluman trader sume, Trader cafe's melancarkan kategori baru dalam blog ni rokemen

    Pembukaan ni kami memilih Multi Pair Trading System.
    boleh rujuk di Forum Cari Gold http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=99391

    Bukan nak promote, cuma share method ni je.. saya tiada berkaitan pun dgn dia orang tapi honestly teknik ni memang bagus..sebab trading berdasarkan price action.. bak kata protrader
    " Trade berdasarkan apa yang anda liat/nampak bukan nya main rasa-rasa"
    hehehe..

    Selain tu, boleh jugak gunakan untuk meliat trend, currency yg kena jual atau sell, terpulang la nak gunakan macam mana..ikut selera masing-masing..

    Tapi untuk account demo ni saya follow dia orang nya multipair trading atau block currency..

    Anda boleh liat saya nya praktis account di http://tradercafes.mt4live.com/

    Testing Acc Demo: Broker Insta
    Deposit: 100 USD
    Leverage: 1:500
    Trading System : Base on Meter Kuda Lokpayat 1A v1, 14 pair & 28 Pairs.
    Duration: 1 Mar 2010 - 30 April 2010.

    09 March 2010

    Bagaimana nak untung dalam trading forex?

    duit forexSalam pips sume,


    Hari ani dalam perjalanan balik, dari ofis aku berdialong sendiri aka berfikir kali aaa..


    Benar cian boleh profit dalam forex ani.. mengapa aku banyak rugi dari untung..
    Adakah forex hanya untuk mereka yang sabar atau yang tamak atau berani gila-gila..

    Aku terus berfikir... merenung kembali tahun lepas.. dari aku mula trade forex sampai sekarang nda pernah lagi aku merasa usin aka duit forex ani... ada kah forex sesuai dengan aku.. atau aku memang kurang ilmu tentang forex ani.

    Berapa lama lagi harus aku tunggu supaya boleh dapat merasa usin forex.. ani argh sume persoalan tu berlegar-legar dalam benak ku sekarang..

    Kekadang ku rasa hampa macam hari ani la.. tujuan aku trade forex ani mau dapat keuntungan yang segera tapi sebaliknya pula aku rasa.. rasa macam mau give up tia palang.

    Ingatkan boleh dapat untung, tapi tiap-tiap bulan palang kena deposit walaupun dikit-dikit aja tapi bila dikira-kira lai sdh setahun ani.. banyak jua eh..kalau ditaruh tu banyak jua palang..

    Ada jua ku tanya kan kawan-kawan kenapa aku nda dapat konsisten untung dalam forex ani.. kata nya sebab aku depo terlampau damit modal yang aku labur nda cukup sebab tu aku susah mau untung dalam forex ni..Bila difikir-fikirkan, banar jua palang kan hehehe, tapi...

    Ya! memang aku depo dikit aja..sebab aku belum yakin nak labur banyak, sebab takut rugi.. persoalan nya sekarang walaupun aku labur dikit-dikit tapi rugi saja lama-lama jadi banyak jua..

    Adakah aku nda sesuai trade forex sebab tu rugi atau kerana aku kurang berani dan tiada keyakinan terhadap diri sendiri..

    Persoalannya sekarang patutkah aku meneruskan trade forex sehingga dapat merasakan kemanisan withdraw yang pertama.. atau biarkan aje forex ani berkubur disini..


    Luahan hati seorang trader yang belum untung..hehehe


    P/s: Kawan-kawan sila bagi komen ya.. mana tau ada idea-idea yang menarik atau nasihat2 yang bernas kongsikan disini..

    17 August 2009

    Bagaimana menggandakan wang hanya dengan 20 pips?

    Salam pips sume,

    Hari ni saya nak kongsikan satu tips yang ringkas tapi boleh menjadikan wang anda berganda-ganda hanya dengan target profit 20 pips..hehehe. Kenapa tak percaya? ok jom kita buat pengiraan ringkas..

    Utk contoh pengiraan:
    Modal : 100 USD
    Leverage: 1:500
    Target profit: 20 pips

    Kita ambik contoh target profit daripada analisa GU pada post semalam. Katakanlah saya letak sell limit di point 1.6557 (PO) dan target profit 1.6391 (TP 1).

    Total profit = PO - TP 1
    = 1.6557 - 1.6391
    = 166 pips

    Total TP = Total profit / Target profit
    = 166 / 20
    = 8.3 => 8 tp

    Oleh itu, kita akan ada 8 TP sepanjang point 1.6557 (PO) hingga 1.6391 (TP 1). Jom kita kira dengan lebih terperinci.

    TP1 = 0.1 x 20 pips
    = 2 USD

    TP2 = 0.2 x 20 pips
    = 4 USD

    TP3 = 0.3 x 20 pips
    = 6 USD

    TP4 = 0.4 x 20 pips
    = 8 USD

    TP5 = 0.5 x 20 pips
    = 10 USD

    TP6 = 0.6 x 20 pips
    = 12 USD

    TP7 = 0.7 x 20 pips
    = 14 USD

    TP8 = 0.8 x 20 pips
    = 16 USD

    Total ALL = 16 + 14 + 12 + 10 + 8 + 6 + 4 + 2
    = 72 USD


    Berbeza dengan satu TP = 0.1 x 166 pips
    = 16.6 USD

    Semoga kita semua dapat menggandakan wang dengan banyak... hehehe

    Trimas
    Trader Cafe'
     

    Recent Post

    Apa cian Trader Cafe' ani?

    Trader Cafe' ani kan macam kedai kopi bah tempat berborak-borak @ bakurapak tapi topik nganya mengenai forex, teknik forex, analisa forex, review system, EA dan lain-lain tah bah asal saja cerita forex.

    Lagi satu segala isi kandungan dalam web ani hanya bertujuan untuk kajian dan perbincangan saja jangan terlampau diikut karang rugi kami inda bertanggung jawab tu..
    sebab kalau untung pun usin kamu & kalau rugi pun usin kamu jua..
    kami ni nda tah dapat apa-apa lai..

    Trimas.
    Trader Cafe'

    Siapa Trader Cafe'

    Malas bah ku kan memberitahu nama ku, bukan nya kan berselindung tapi low profile bah nya orang tetua. Cukup tah kali aku dilagau Trader Cafe' aa.

    Aku bukan jua campin main forex ani, cuma ani tah bah kan berkongsi idea, pendapat jua. Mana jua tau batah-batah karang campin tia kali aa.

    Borneo Trader Cafe' Copyright © 2009 Community is Designed by Bie