25 April 2009

    GJ Analisa Part 3 - Continued

    Salam pips semua trader..

    Lebih kurang 2 minggu saya tiada buat update blog ni..sibuk dengan kerja,asyik lewat balik aje dari ofis..

    OK, kita sambung semula analisa yang saya buat,mungkin ramai traders minggu lalu kenduri pips masa GJ turun sampai 140.xx hari tu hehehehe..so macam mana sekarang? apa pendapat anda, adakah GJ akan terjun ke bawah lagi. Banyak saya tengok dalam forum-forum cakap GJ akan turun lagi sehingga 139.xx..

    Tapi saya pula berpendapat sebaliknya.. mari kita tengok chart.
    Jika anda perhatikan betul-betul sekarang GJ seperti dua garisan selari, sama seperti keadaan 3 minggu lepas sebelum ia memulakan larian bearish. Sekarang ia bersedia pula untuk memulakan larian bullish.. saya jangka apabila habis sudah triangle correction ni GJ akan laju berlari ke atas dijangka sampai 158 hingga 160 gitu..

    Sekarang adalah masa anda untuk mengaut untung sebab GJ di dalam range 144.xx - 141.xx boleh dapat 600 pips tu.. buy 300 pips & sell 300 pips.. fuhyooo..

    Apa-apa pun trade la ikut chart dan analisa chart..

    Trimas, sekian dulu dari meja trader cafe's..

    16 April 2009

    GJ Analisa Part 3


    Salam pips semua trader..

    Sekarang nampak nya masa untuk kenduri pips, mengikut analisa saya GJ sekarang sedang ranging dari 149.xx - 145.xx boleh dikatakan seperti dua garisan selari. Sila rujuk chart yang dikepilkan. Apa lagi traders semua jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum geepy memulakan rally bullish.

    Selamat kenduri pips..sekarang dijangka ia akan mula turun cium support 145.xx kemudian baru naik balik..

    Trimas, salam pips semua.

    15 April 2009

    Tips Forex - Jangan Tamak

    Salam dan Selamat Sejahtera

    Hari ini saya sudah kerugian 18K, ini semua gara-gara tidak mau close post. Sudah dekat mau TP cepat-cepat saya buka TP. Ini lah akibatnya kerana tamak, ini bukan pertama kali tapi sdh kali ke-2. Oleh itu, geng-geng trader ingatlah jangan tamak tak akan lari pips yang dikejar.

    Tip kedua "trust your chart only", disebabkan kurang yakin dengan chart sendiri juga saya terlepas peluang 10K, saya terpengaruh dengan analisa-analisa trader yang lain. Saya cadangkan anda jangan membandingkan analisa anda dengan orang lain.

    Trimas, salam pips sume..

    14 April 2009

    Instaforex Contest

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Salah seorang krew Borneo Trader Cafe's
    telah menduduki Top 5 dalam Instaforex contest

    Iaitu tinupaks, tahniah diucapkan kepada beliau kerana masih lagi mempertahankan ranking top 5. Contest tersebut akan berlangsung sehingga hujung bulan April ni diharap tinupaks dapat mempertahankan kedudukan 5 terbaik tersebut.. Trimas

    GJ Analisa Part 2- continued

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Nampaknya geepy menurut seperti apa yang kami jangkakan..hahahaha cium 149.xx kemudian baru turun. Cuba anda rujuk chart yang dikepilkan.

    Kali ni kami menjangkakan GJ @ geepy akan start bearish rally sehingga 145.xx tapi dalam keadaan berperingkat-peringkat. Maksudnya ia tidak akan terus menjunam ke paras 145.xx kecuali ada sokongan fundamental pada sessi UK petang nanti.. Apa-apa hal pun "Trade with you chart don't trust any one analysis"..

    kita tunggu sessi London open pada jam 2.00 pm nanti sama ada GJ akan bersama kita atau sebaliknya.

    Trimas, salam pips daripada kami di Borneo Trader Cafe's

    13 April 2009

    GJ Analisa Part 2

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Seperti yang dijangkakan GJ akan turun selepas naik kejap ke atas, cuma anggaran kami yang ia akan cium 149.00 tidak menepati sasaran. Apa-apa pun kami sudah berjaya menjangka arah perjalan geepy tersebut..kami akan sambung analisa sebelah malam.. cuma daripada analisa ringkas kami tadi kami menjangkakan geepy akan cecah 145.xx kali ni..Trimas

    Tunggu analisa lebih lanjut pada sebelah nanti.. apa kata chart anda? sila kongsikan diruangan coment..

    12 April 2009

    GJ Analisa Part 1


    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Seperti yang saya katakan dalam post yang lepas "kemanakah GJ nak pigi naik atau turun?..", saya ada menyatakan bahawa GJ akan naik sekejap sehingga 149.xx. Berikut saya sertakan Chart daripada analisa yang saya lakukan. Sila rujuk chart, menurut prinsip "elliot wave" sekarang GJ adalah dalam keadaan "Triangle Correction". Dimana ia akan membentuk triangle berdasarkan 5 wave a,b,c,d dan e seperti yang dilabelkan dalam chart. Selepas sempurna 5 wave tersebut ia akan mula keluar daripada triangle dan pergi membentuk wave seterusnya... Menurut analisa yang saya lakukan GJ sudah melepasi wave yang ke-3 dan akan membentuk wave yang ke-4, maka ia akan mengikut arah wave ke-3 iaitu menuju ke atas, sebab itu lah saya katakan ia akan naik sekejap sehingga 149.xx... trimas.

    10 April 2009

    Ke manakah GJ nak pigi naik atau turun...

    Salam dan Selamat Sejahtera..

    Ke manakah GJ nak pigi, naik atau turun..? Mari kita tengok mengikut analisa yg saya lakukan..
    menurut chart saya.. GJ akan naik sekejap sehingga 149.xx. kemudian akan mula turun kaw-kaw
    sehingga 143.xx. . so apa kata chart anda pulak..? mari kita kongsikan bersama analisa anda..
     

    Recent Post

    Apa cian Trader Cafe' ani?

    Trader Cafe' ani kan macam kedai kopi bah tempat berborak-borak @ bakurapak tapi topik nganya mengenai forex, teknik forex, analisa forex, review system, EA dan lain-lain tah bah asal saja cerita forex.

    Lagi satu segala isi kandungan dalam web ani hanya bertujuan untuk kajian dan perbincangan saja jangan terlampau diikut karang rugi kami inda bertanggung jawab tu..
    sebab kalau untung pun usin kamu & kalau rugi pun usin kamu jua..
    kami ni nda tah dapat apa-apa lai..

    Trimas.
    Trader Cafe'

    Siapa Trader Cafe'

    Malas bah ku kan memberitahu nama ku, bukan nya kan berselindung tapi low profile bah nya orang tetua. Cukup tah kali aku dilagau Trader Cafe' aa.

    Aku bukan jua campin main forex ani, cuma ani tah bah kan berkongsi idea, pendapat jua. Mana jua tau batah-batah karang campin tia kali aa.

    Borneo Trader Cafe' Copyright © 2009 Community is Designed by Bie